Profil Syarikat
Akmal Food GLOBAL SDN BHD
202001000130 ( 1356449-U )
Akmal Food Global (AFG) merupakan sebuah syarikat milikan tunggal yang dimiliki oleh 100% pegangan bumiputera yang telah didaftarkan pada 22 April 2010
Akmal Food Global Sdn Bhd menyambut saranan kerajaan untuk menghasilkan lebih banyak produk-produk makanan tempatan yang halal lagi menyihatkan. Sekaligus memenuhi permintaan masyarakat yang mahukan lebih banyak pilihan produk muslim yang sedap dan bermutu tinggi.
Inspirasi produk ini tercetus daripada makanan kegemaran pengarah syarikat yang merupakan graduan University of Leeds sewaktu beliau menuntut pelajaran di United Kingdom. Kebab sering menjadi pilihan makanan pelajar muslim di tanah Queen Elizabeth itu termasuklah anak muda ini.
Sekembalinya beliau ke Malaysia, anak kelahiran Kuala Selangor ini telah memformulasikan resepi dan mencipta satu produk baru iaitu Sate Kebab yang menggunakan inti ayam sebenar yang sesuai untuk dimakan oleh seluruh peringkat masyarakat.
Produk keluaran syarikat akan menerima bahan mentah dari pembekal yang mempunyai pensijilan halal yang di iktiraf Jakim dan akan melalui proses pengilangan di kilang kami di dalam persekitaran yang sesuai dan selamat untuk produk makanan.
Akmal Food Global mempunyai matlamat yang jitu dan padu, dimana syarikat mempunyai keyakinan yang tinggi ia mampu menjadi syarikat pembuatan daging sejuk beku yang segar dan ‘HALAL’ yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan berdasarkan kepada perancangan yang telah disediakan. Matlamat ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan ekuiti bumiputra dalam bidang perniagaan di bawah program Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB).
Oleh itu, perniagaan ini wajarlah dibangunkan berikutan potensinya yang amat besar dan berdaya saing di masa hadapan dengan produknya yang bersih, suci, berkualiti dan ’HALAL’.